Sunday, March 27, 2011

0
Komen

How I met your Incik Bob Part 2 : First Date

Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal our first date . sambungan dari entri sebelum ni . .

Our first date bermula setibanya saya berada d'blok G3 . Kebetulan saya sedang menemani si fara dengan yat berdating . tiada kerja yang perlu dilakukan pada malam to . Incik Bob pula kebetulan baru kelua wad hari tu . Memang macam dah ditakdirkan je en ?
Plan asal , kononnya nak keluar tengah hari . tapi on the first date My Incik Bob dah bagi bad impressions . dia datang lambat ! lambat beberapa jam lak tu ! Dia sampai lebih kurang pukul 2 . lambat pon sebab moto mak dia guna . Dah la travel dari blok 'C' ke blok 'G' mengambil mase 5jam . AHAHA :) padahal xsampai 2minit !

" Oke . oke ... nasib baik kami baru jep menjadi pasangan couple .. ! " bisikku .

Sampai-sampai je dia terus mintak maaf .

:: Ni gambar hiasan semata-setelah beberapa bulan couple ::
Yang kelakarnya sepanjang kami berborak tu , ade jee lawak jenaka nye yang buat aku tergelak (biase laa , malu kucing lagikan ) gelak pelan jela . tup - tup tetibe tiada bunyi suare sorang pun , kenapa ? sebab masing-masing tak ada idea nak bual apa . lepas dari to . dia soal sepatah , aku jawab sepatah . jawab sepatah , tanya sepatah . pastu senyap balik . cengkerik pun mula menyanyi riang . biasa la awal-awal en . masih malu-malu gitu . Haihh , ni nak kena hempok kat dinding ni . sekarang ni kalau jumpe jee , tak ditanye pon takpe sebab due-due dah berani borak .  mengalahkan dj radio lagi . potpet potpet tak reti nak diam .

:: Ni gambar time kelua shopping baju raye (berlagak jee lebih) .  Malu-malu pon tetap pose . caya lahh beb ::
berbalik kepada cerita first date kitorang oke ? bob bawa saya pergi KLCC . duhh . where else ? then , sampai-sampai je kitorang terus ke food court untuk makan-makan . tak boleh belah je masing-masing cover line . memang awkward giler la that situation . Incik Bob order Nasi Ayam , saya order Mee Sizzling .
Masa tengah syok-syok makan tetiba saya teringat sesuatu yang buat saya tergelak kecil . sila bayangkan gelak kecil dalam keadaan coverina .
MIB: (muka pelik) Nape ni ?

Eyja: takde .. i teringat something yang dekat hospital to .

MIB: pasal apa yea ?

Eyja: pasal akak to suroh mak pileh calon untuk you laa =) sumpah nak tergelak . rase kelakar pulak !

disebabkan tak nak dia terus fikir bukan-bukan dan spoiltkan our first date , saya cepat-cepat tukar topik . mesti dia cakap aku mengada tadi kan ?

Lepas je scene tu kitorang mula rancak bercerita . Banyak benda yang diborakkan . tak ingat dah soal apa . Lepas habis makan , kitaorang pon pergi ke Pavillion n Time Square . borak-borak pon masih rasa jauh perjalanan ke Times Square .
Terus terang masa tu memang takde feeling pon kat MIB ni . maybe sebab dia lewat dan masing-masing rasa kekok dan seolah-olah takde kimia diantara kita .. wahh .. cam lagu la plak ! tapi memang saya rasa macam tu . rasa macam mamat ni boring je . sebelum ni mmg saya tak pernah ada pengalaman couple berbulan-bulan nie n from what i heard most of them are real "players" .. playboy la senang kata ..

Tapi ternyata insan bernama Iskhandar Sakri ni lain dari sangkaan . bila dah kenal lama barulah saya tahu rupa-rupanya sebab MIB ni pada asalnya bukan seorang yang romantik . dia pon hanya pernah couple 2-3 kali je seumur hidupnya . tu pon sekadar cinta monyet jee and dengan aku cinta ape entah nak panggil . Sekarang barulah dia temui his true love , First Love n Soul Mate katanya .. Allahualam .. hanya sebulan kami sempat break diatas sebab-sebab yang tak disenangi ramai . tak bole tengok orang bahagia kan , macam to lah :D'

Ceritera Cinta BobEyja tak berakhir disini . Ceritanya bertambah menarik pada part 3 (Date yang seterusnya) bila Eyja " kenakan " Incik Bob beberapa kali semata-mate nak menguji kejujuran dan keikhlasan dia . Memang unik dan kelakar ceritanya . tak sabar nak abadikan cerita ni kat dalam blog ni yang akan dikongsi bersama korang pembaca semua . Harapan saya , satu hari nanti coretan-coretan ceritera cinta ni akan menjadi tatapan anak cucu kami . (andai kami dijodohkan) . amin .. maseh awal lah kot !


*Antara saya dengan MIB ni , saya agak " mak nenek " sikit .. nyanyok memanjang . MIB yang selalu ingat tarikh-tarikh penting , i pakai baju apa masa 1st jumpa , apa yang I cakap dan termasukkan menu apa yang kitorang makan masa 1st date ni . kalau nak harapkan aku mmg tak lah nak ingat . asyik terlupa je . susah kan nak cari bf cmni ? kadang tu dia yang ingat counting berape hari dah kitorang couple . aku yang letak " Daisy Path " kat blog pon kadang-kadang terlupa . Hebat kan My Incik Bob ?


Thanks for viewing ! Suka , like jela .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

- someday with you , ceyy 'POYO'

*pengikut*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Blog nie adalah rekaan semata- mata . Dalam blog nie , terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog - blog menarik , yang " d'copy " untuk dikongsi bersama ♥