Friday, April 15, 2011

0
Komen

Ketagih Facebooker xD'


Suami: “ Sayang, abang balik . Lapar ni , boleh siapkan makan ?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik .
“Kejap, bang . Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni .” Jawab Aminah , sambil terusmelayan ternakan virtual dalam facebook , permainan yang digilai ramai orang ,
“ Kambing bodoh tu bagi makan , suami lapar kena tunggu pulak ?” Leter suami yang setiaphari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook .
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur . Didapatinya pinggan bekas makan suami dalamsinki dan sebuah kuali di atas dapur . Suami , seperti biasa , menggoreng sendiri telur untukdijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri .
Anak: “ Mama , tolong Amar buat karangan ni . ” Rayu Amar kepada ibunya .

Ibu: “ Amar buat dulu . Kejap lagi mama datang .” Jawab ibunya . Aminah masih meneruskanhobi melayan kawan-kawan lama dalam facebook .
Dua jam kemudian , selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidurmenangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan . Karangannya tidak habis ditulis .  Terlalumenunggu mama yang tidak kunjung datang membantu .
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook . Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupimasyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam-jam menulis dan menjawab status kawan2 .
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masaproduktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab . Bagipelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah , membuat assignment , membacabuku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepadafacebook untuk melegakan perasaan .
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook . Waktu beribadahtahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook .
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kinimasing-masing menghadapi facebook di tempat masing-masing . Ibu dan ayah ada laptop masing-masing di bilik . Anak-anak di bilik mereka  atau di ruang tamu dan masing-masingpunya laptop sendiri . Tiada bunyi , tiada suara  kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedangmencuci pinggan di dapur .
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri . Yang malangnyasetiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 dan ahli keluarga tidak termasuk dalamsenarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga .


ciri-ciri ketagih facebook:


1. Tidak dapat berenggang dengan internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai dirumah .
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline .
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat  yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga , mencariatau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dgn tel . Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang . teman2 lama
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y . Tetapi anak2 generasirasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayariinternet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secaraalam realiti . Z
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan  untuk keburukan jika kita mahu . Sesuatuburuk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu . Hanyaakal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiapsesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya . yang

Thanks for viewing ! Suka , like jela .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

- someday with you , ceyy 'POYO'

*pengikut*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ Blog nie adalah rekaan semata- mata . Dalam blog nie , terdapat hasil tulisan titik pena aku sendiri dan ada juga artikel-artikel atau blog - blog menarik , yang " d'copy " untuk dikongsi bersama ♥