Hatiku memilih untuk menulis di alam maya .
aku tahu setiap insan mempunyai hati & perasaan .
itu adalah lumrah yang diciptakan oleh yang Maha Esa kepada setiap makhluk yang bergelar manusia .
hal inilah sebenarnya salah satu ujian yang Dia berikan kepada kita .
adakah kita sebagai manusia mampu untuk mengawal dan memainkan perasaan itu dengan sebenar-benarnya atau sekadar melepaskan batuk di tangga ??
adakah kita mampu untuk menjadi insan yang benar - benar taat kepadanya atau sebaliknya ??
Jiwaku seringkali berkata .
aduhai manusia , seringkali leka dan alpa dengan dunia . hanyut dibuai nafsu dan perasaan yang diikutkan sahaja.,penghujungnya entahkan pasti atau tidak kau mampu kembali semula kepada fitrah manusia-suci dan bersih hatinya - jika engkau sendiri melakarkan hatimu dengan noda
aduhai manusia . sedarlah!bangkitlah !







0 ulasan:
Post a Comment